Layanan politik Polemik_kedudukan_bahasa_Melayu_di_Malaysia

Demikian juga kebanyakan ahli politik Malaysia lebih gemar menggunakan bahasa Inggeris atau 'bahasa campuran' termasuk ketika diwawancara media tempatan, majlis rapat rakyat, persidangan dan sebagainya. Namun yang menyedihkan hati apabila rata-rata orang yang menghadiri wawancara atau majlis tersebut ialah orang Malaysia tidak kira berbangsa apa sekalipun. Pemimpin Malaysia apabila berbicara bersama rakyat Malaysia dalam rapat rakyat seharusnya menggunakan bahasa Melayu kerana ia bahasa kebangsaan yang sepatutnya semua rakyat wajar menerimanya dengan baik.[9][10]

Kewajaran menguasai bahasa Inggeris memang tidak boleh disangkal kerana bahasa Inggeris ialah medium terbaik yang diperlukan untuk menghubungi dunia luar. Malah, wajar sekali rakyat digalakkan menguasai bahasa lain seperti bahasa Jepun, Korea, Mandarin dan Arab. Namun, elemen patriotisme terhadap bahasa kebangsaan sebagai 'Bahasa Jiwa Bangsa' perlu diterapkan dalam setiap sanubari rakyat Malaysia.

Sepatutnya selepas lama Malaysia merdeka, penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan menjadi semakin mantap dan bukan lagi menjadi isu yang memeningkan semua pihak. Hakikatnya, ia bertitik tolak daripada sikap dan persepsi masyarakat dan kerajaan terhadap bahasa kebangsaan. Dalam bidang sosiolinguistik, sikap terhadap bahasa dianggap sebagai pendorong kepada keupayaan seseorang menguasai dan menggunakan sesuatu bahasa itu.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) Malaysia lebih cenderung menggunakan bahasa Inggeris bagi menamakan taman perumahan, khususnya sekitar bandar utama. Tindakan mereka jelas tidak membantu memartabatkan bahasa Melayu, sebaliknya membuktikan minda serta tindak tanduk mereka masih terjajah walaupun Malaysia sudah lebih 53 tahun mencapai kemerdekaan. Isu ini bukan baru malah teguran dan peringatan seumpama itu sering dibuat, malangnya mereka seolah-olah tidak langsung mempedulikannya, jauh sekali mahu merujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebelum mendapatkan lesen iklan daripada PBT.[11]

Di Malaysia, penggunaan bahasa asing khususnya bahasa Inggeris dalam pengiklanan dilihat lebih diutamakan berbanding penggunaan bahasa Melayu sebagai medium bahasa pengiklanan utama negara tersebut. Walaupun undang-undang telah ada namun penguatkuasaan bahasa kebangsaan dalam pelbagai bidang utama seperti pendidikan, perniagaan, pengiklanan dan komunikasi masih banyak tidak diendahkan dan kurang diutamakan berbanding penggunaan bahasa Inggeris.[12]

Terdapat juga usaha kerajaan Malaysia untuk membudaya kembali penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia, antaranya pada tahun 2009, kerajaan memperkenalkan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) dengan matlamat memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia.

Menurut portal rasmi DBP, BKK adalah lanjutan kepada kempen bahasa terdahulu. Ia bermula dengan panggilan Minggu Bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan sepanjang dekad 60-an. Ia kemudiannya dikenali pelbagai nama seperti Gerakan Cintailah Bahasa Kita (GCBK, 1987-1996), Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta (GBKSS,1996-2005) dan Minggu Sastera (1987-1998). Pada 1999 ia dinamakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN) dan kini dikenali sebagai BBK.

Rujukan

WikiPedia: Polemik_kedudukan_bahasa_Melayu_di_Malaysia http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://ipohmalay.blogspot.com/2009/08/semakin-rama... http://www.selangordaily.com/?p=931 http://hartalmsm.wordpress.com/2010/09/12/balik-ch... http://www.youtube.com/watch?v=JKX6hPMbEIo http://www.youtube.com/watch?v=qI27Vbe1gVk&feature... http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Martaba... http://www.mstar.com.my/variasi/rencana/cerita.asp... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/11... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt...